Pakaian merupakan satu keperluan hidup. Semua individu memerlukan pakaian untuk menjalani kehidupan dengan sempurna. Namun, pakaian amat sukar dijaga kerana ia terlalu mudah rosak jika tidak dijaga dengan betul. Kerosakkan pada pakaian juga boleh menyebabkan seseorang individu tersebut stress dan kemurungan. Oleh itu, bagi menjaga hari-hari ceria anda, kami akan kongsikan tips penjagaan pakaian bagi mengekalkan warna asal pakaian dan pakaian akan kelihatan baru walaupun sudah bertahun digunakan.

JANGAN RENDAM TERLALU LAMA

Sesetengah individu suka merendam pakaian mereka seharian supaya kotoran pada pakaian boleh tuntur. Tahukah anda,merendam pakaian terlalu lama juga dapat merosakkan texture pakaian anda? Oleh itu, merendam pakaian 10 minit sudah memadai dan haruslah segera dicuci agar texture pakaian tidak rosak. Merendam pakaian terlalu lama bukan sahaja dapat merosakkan texture malah ia juga dapat menghasilkan bau yang tidak menyenangkan pada pakaian serta udara sekeliling anda.

 

ASINGKAN PAKAIAN BERWARNA DENGAN PAKAIAN PUTIH
Kebanyakkan individu tidak mengetahui atau menjangka pakaian yang mereka beli akan luntur warna ketika dicuci. Bagi mengelakkan kerosakkan pada pakaian terutamanya pakaian putih atau cerah, kita haruslah mengasingkan pakaian berwarna dengan pakaian yang cerah bagi mengelakkan lunturan warna merosakkan pakaian-pakaian anda. Selain itu, asingkan juga pakaian yang kotor dengan pakaian yang tidak terlalu kotor kerana kotoran tersebut juga kemungkinan akan melekat pada pakaian anda jika tidak diasingkan.



JEMUR DALAM KEADAAN TERBALIK
Petua orang-orang dulu meminta kita menjemur pakaian secara terbalik. Kedengaran petua seperti ini mengarut, tetapi teknik jemur pakaian yang dicuci secara terbalik boleh mengelakkan pakaian anda daripada luntur warna. Pakaian berwarna yang terdedah dengan sinaran matahari boleh menyebabkan pakaian tersebut menjadi pucat atau luntur daripada warna sebenar. Misal pakaian bewarna hitam akan kelihatan kelabu dan kekuningan jika terdedah dengan sinaran matahari. Selain itu, pakaian yang terdedah dengan cahaya matahari yang terlalu lama juga boleh menyebabkan texture pakaian menipis dan mudah koyak atau mereput. Oleh itu, elakkan menjemur pakaian dibawah panas terik matahari terlalu lama.

 

ELAKKAN DARIPADA PELUNTUR
Peluntur biasanya digunakan jika terdapat kotoran degil pada pakaian. Namun, peluntur juga boleh menyebabkan texture pakaian anda cepat rosak. Kebanyakkan peluntur mengandungi asid dan bahan kimia yang tinggi. Tak salah nak guna peluntur tapi pastikan peluntur tu mesra pengguna dan tidak merosakkan pakaian anda. Selain itu, peluntur juga boleh menyebabkan warna pada pakaian anda bertompok-tompok, bayangkan pakaian bertompok tu pakaian kesayangan anda? mesti rasa nak menjerit je satu rumahkan.. Hehehe

Ini sahaja perkongsian dari kami #teamQasreena


Leave a Reply

Your email address will not be published.