Assalamualaikum lovers Mama Reen 🤗 #qasreenalovers #qasmenlovers

Mama Reen nak share benda penting ni ! BAGAIMANA PERSONALITI MEMBENTUK KEYAKINAN DIRI SESEORANG ? halahhhh senang jelah topik ni !! ewahhhhh 🤔 yeke kacang goreng je title ni ? nak tahu ? jom kita teroka 😎

Apa guna berwajah ayu dan berupa taman , tapi personaliti diri tak menawan  😲 ? haa kome semua tau tak apa maksud PERSONALITI tu ? oklahhh Mama Reen kasi tau .. Personaliti bermaksud keperibadian dan perwatakan seseorang ..  haa apa pulak kena mengena dengan topik harini ? ehhhh mestilah kena mengena! cuba awokk semua bayangkan , kalau kita jumpa dengan orang yang berpersonaliti yang baik , haaa mesti aura positif dia terbawak bawak kannn 😚🤩 .. Ha apa pulak kalau sebaliknyaa ??? haihh paham2 la kann 🤭

tiba tiba Mama Reen teringat duluu cikgu Mama Reen pernah kata ” orang yang berpersonaliti hebat dia akan membuatkan orang lain berasa hebat bila berada dekat dengan orang tu “😍

Nak lebih yakin ? Tak mahu di pandang rendah ? Okay lets start 😜 !!

1) Berhenti bandingkan kelebihan orang dengan kelemahan diri sendiri .

Kenapa lemah dan tak yakin dengan kekuatan diri sendiri ? ” alah dia lagi cantik , dia lagi bagus ” hmm ..  Akhirnya , kita pasti rasa kurang yakin dengan diri sendiri . haihh🤔 sepatutnya kann !! Apabila kita dah jumpa satu kekurangan , kita cuba pulak ubah untuk jadi lebih baikk . apa salahnya kan ? Kelebihan patutnya dipadankan dengan kelebihan juga tau 🤪. Malah , sepatutnya dijadikan kelebihan sebagai pemangkin semangat kitaa untuk bangkit !! haaa ada macam gaya PM dokk ? 🤣hahaha Mama Reen pun nak selit jugokkk lah hihihi 🤭.. bak kata doktor kan , ” Otak manusia belajar melalui imitasi dan repitasi ” Jadi ,kalau kita nampak sesuatu kelebihan pada orang lain , tiru dan ulang sampai kita pun sama-sama ada kelebihan itu . Tak rugi tau ! Belum cuba belum tau ! Baru semangottt !😁

 

 

2)Sentiasa berfikiran positif

Positif?? yupp! haa spread positivity laaa orang kata! Bukan sikit2 ehhhh not biasa biasa tapii ! biar pikir positif tu kalah gunung lahh 🤣 sebab apa ?? berfikiran positif akan membantu diri kita tetap yakin dengan diri kita sendiri👍😎  ha buekpo laa ekaw buang maso pikir yang buruk2 !! So! Dengan yakin , sila buang negatvity okayy ! #qasreenalovers #qasmenlovers 🤗 Buanglah pikiran negatif tu sebabnya akan merugikan diri kita sendiri jugakk . Dengan membiasakan berpikir positif maka hati dan perbuatan kita akan ikut menyeimbangi pikiran kita, sehingga pikiran, hati dan perilaku kita pun akan spread positif kalau dah terbiasa 😜

3)Bersyukur dengan apa yang ada

 

Alhamdulillah 🙂Bila dipikir2 balikkan . Sepatutnya kita bersyukur tau sebab apa ? Cuba fikir sejenak .. dekat luar sana pasti ramai lagi yang lebih memerlukan .. tapi kita ? haaa 🤭 Inilah sebabnya mengapa rasa bersyukur tu sangat penting apabila ingin membina keyakinan diri ! sebab … ianya memfokuskan perhatian kita kepada menghargai apa yang ada sekarang 😁 . Rasa syukur nii memberi inspirasi kepada kita supaya berani menuju kejayaan yang seterusnya lebih dan lebih lagi 👍 lain pulakkk kalau sebaliknya .. kalau kita berfokus pada benda yang takde dalam genggaman kita , ia akan menjadikan fikiran kita jadi sempit . haaa , time tulah kita nampak betul-betul lebih kecil .. sebab apa ? berjalan dengan bahu yang membongkok yang memberikan imej ‘kesian saya’.kikiki🤪 jadi ? padiaa nak buat ni ?? haa ! Berdiri tegak dan berjalan dengan yakin serta bersyukurlah dengan apa yang ada ! Cukup perfect syarat2 tu awokks semua akan dapat menarik perhatian orang dan peluang yang sewajarnya lahh ! pasti 100%😘

 

LAST BUT NOT LEAST 🎉✨Berasa yakin pada diri tak bermakna yang kita tidak akan sesekali merasa gementar . Takkan laa kalau nak buat  membuat pembentangan besar atau beri ucapan tak rasa gementaqq langsung .. haihhh tipuu ! Waktu zaman Mama Reen ngurat cuben dulu pun gementaqqq tau !! oppss🤣🤭 , itu tanda yang merisaukan . Apa orang putih kata ? FEELING ?? hahaha 😋 Sebenarnya , rasa gelisah dan takut tetap dan pasti dialami dalam setiap situasi . haaa , yang perlu kita lakukan ialah menanganinya dengan yakin !! bahawa kita pasti boleh buat ! BELUM CUBA BELUM TAUU !😚 huhuhu

oklah , Mama Reen ada kerja ni . Mama Reen chaw dulu ! byebye gegirls #qasreenalovers boboys #qasmenlovers ❤❤❤

 

New Edition by Qasreena- Belle Palazo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.