Hai Assalamualaikum Qasreena lovers. šŸ˜šŸ¤— Mama Reen harap u alls semua sihat-sihat belako yer. Bukan nya apa sekarang musim panas, ada negeri telah berada di zon merah suhu mencecah 37Ā°C, tinggi kan? Nak buat aktiviti luar pun perlu berfikir banyak kali. Bahang kepanasan tu terasa sampai ke malam. Nak tidur pun kadang-kadang tak selesa, memikirkan bahang panas dalam rumah. Jadi, disebabkan cuaca sangat panas sekarang ni Mama Reen nak share tips bagaimana nak hadapi cuaca panas. Moga memanfaat pada semua. šŸ˜Š

 

1. Jangan berjemur di tengah panas

Elakkan aktiviti yang terdedah dengan matahari terik dan berjemur kerana ia dapat mengakibatkan kanser kulit dan kesan penuaan kulit bagi jangka masa yang panjang.

2. Banyakkan minum air kosong

Banyakkan minum air kosong untuk mengekalkan kecerdasan waktu musim panas danĀ dapat membantu mengurangkan dehidrasi waktu musim panas.

3. Pakai topi atau payung yang bersaiz besar

Pemilihan topi atau payung yang bersesuaian pada musim panas juga amat membantu dalam menghadapi cuaca panas kerana dapat menghalang dari cahaya matahari terkena kita secara direct.

4. Kurangkan aktiviti luar

Kurangkan aktiviti luar pada waktu siang kerana hal ini dapat mengurangkan peningkatan suhu badan jika melakukan aktiviti extreme. Ia juga dapat mengelakkan anda terkena strok haba jika badan tidak dapat menampung suhu yang berlebihan.

5. Berehat dengan kerap di tempat yang teduh dan sejuk

Lebihkan aktiviti indoor bersama keluarga atau rakan-rakan dan dapat mengelak anda terdedah dengan terik matahari dan terkena strok haba.

6. Buka tingkap rumah atau kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan

Membuka tingkap adalah untuk pengudaraan yang bagus di dalam rumah. Untuk mengelakkan anda menjadi tidak selesa apabila berada di dalam rumah.

7. Memakai pakaian yang berwarna terang dan longgar

Pilih pakaian yang nipis diperbuat daripada kain kapas atau linen ketika musim panasĀ untuk mengelakkan dari berpeluh secara berlebihan akibat cuaca panas.

8. Gunakan losyen pelindung matahari

Losyen pelindung matahariĀ amat penting untuk kulit.Ā Kulit yang terdedah dengan cahaya matahari tanpa pelindungan losyen sunblock ini amat berisiko untuk terkena kanser kulit atau merosakkan kulit.

9. Minum minuman isotonik atau air kelapa

Minuman isotonik dan air kelapa mengandungi gabungan air, gula dan eloktrolit yang sesuai untuk sistem hidrasi badan manusia. Ia dapatĀ menggantikan air, garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Minuman ini amat disarankan untuk mengembalikan suhu badan kepada paras normal.

Leave a Reply

Your email address will not be published.