“Kurus”, “Gemuk”, “Keding”, “Tembam” antara perkataan yang boleh buat gaduh dengan kawan-kawan kan? Sapa pernah kena? Kita geng!! Ye lah… bila kurus di ejek keding, bila berisi sikit di ejek gemuk… apa pun itulah lumrah kehidupan. TAPI!! menerusi pemakaian dapat memberikan effect kurus dan berisi kepada si pemakai. Ok di sini Mama Reen nak kongsi tips pemakaian untuk nampak berisi bagi korang yang selalu sangat kena ejek keding tu.. hahaha..

1. Pakai pakaian berlapis
Pakai pakaian berlapis nie bukan bermaksud korang kena pakai pakaian banyak lapis plak.. kang pitam korang tak boleh nak bernafas. Maksud Mama Reen pakai pakaian yang berlapis macam yang korang biasa pakai. Kalau korang pakai tshirt, korang akan padangkan dengan cardigan atau pun jaket. Cara macam nie akan membantu korang nampak lebih berisi, tak ada la korang asyik kena ejek keding tu.. silap hari bulan orang tanya plak, makan apa semakin berisi. Senyum melebar la korang kan? Hahaha.. tapi korang jangan pakai pakaian besar plak semata nak nampak besar. Baju besar akan membuatkan korang tengelam dan menampakkan korang lagi kecil.. hahahaha.

Naura Cardigan by Qasreena

2. Pakai pakaian yang lebar
Bagi korang yang kurus nie, korang kena elakkan daripada memakaian pakaian yang boleh menyebabkan korang nampak lagi kecik. Terutamanya korang kena elakkan daripada pakaian berbentuk V-neck kerana ia lebih sesuai dengan individu yang berisi bagi memberikan effect kurus kepada pemakai. Bayangkan, korang dah kurus tapi korang pakai plak baju yang boleh menampakkan korang kuruS, semakin berganda la gelaran keding korang tu. jangan marah na!! Mama Reen gurau je.. hahaha

3. Pakaian two pieces
Korang tahu tak kenapa Mama Reen kata korang kena pakai pakaian yang two pieces nie? Kalau korang pakai dress yang one pieces tu korang tak ada beza dengan papan, sebab nampak sebaris je (sekeping) sekata. Fungsi pakaian two pieces nie akan menampakkan lengkuk tubuh korang. Mesti korang kata aurat, mana boleh nampak bentuk badan kan? Maksud Mama Reen bukan suruh korang pakai pakaian ketat, korang boleh pakai blouse dan slack sebab dengan cara tu korang akan kelihatan berisi. Nampak la juga shape tu. Klau korang pakai sekata memang nampak rata. Fahamkan maksud Mama Reen??

Suraya Blouse by Qasreena

4. Kenakan pakaian bersaiz medium
Mentaliti korang kalau kurus mesti nak pakai saiz paling kecil, sebab apa? Sebab nak selesa. Korang tau tak yang sebab korang pakai baju kecil tu menyebabkan korang di label sebagai keding. Pakaian saiz kecil hanya akan menampakkan tulang-tulang korang. So untuk selamat, korang haruslah memakai pakaian bersaiz medium.

5. Pakai Pakaian bermotif Horizontal
Bagi korang yang bertubuh kurus, korang digalakkan memakai pakaian bermotifkan horizontal atau bercorak besar. Corak horizontal dan corak besar dapat membantu korang kelihatan berisi tanpa perlu berasa stress untuk menaikkan berat badan korang yang sememangnya susah nak membesar tu.. hahaha.. korang juga kena elakkan pakaian bercorak vertical dan bercorak kecil kerana corak sedemikian hanyalah sesuai digayakan bagi mereka yang berbadan berisi. Corak vertical ini akan memberikan effect kurus kepada pemakai.

Luna Kebaya Peplum by Qasreena

6. Gayakan dengan blazer yang tidak terlalu Panjang
Jika korang nak pakai blazer, Mama Reen nasihatkan korang jangan la pakai blazer yang besar atau terlalu Panjang sebab ia akan menampakkan penampilan korang tak kemas. Seeloknya blazer tu pakai yang atas pinggan, ia akan menampakkan korang lebih anggun dan boleh memberikan effect kepada tubuh korang, antaranya bahu korang akan kelihatan lebar dan shape. Baru perfect!!

7. Siluet dress
Perempuan ni suka sangat melaram dengan dress. Ni tips penting dari Mama Reen, kalua korang nak pilih dress pastikan korang cari dress yang ada style sikit. Jangan la pakai dress yang straight je, korang akan nampak sekeping dan keding. So korang haruslah memilih dress yang ada design peplum dan ruffle. Fungsi peplum dan ruffle akan menampakkan korang lebih anggun dengan alunannya. Ia juga akan menampakkan shape pemakai. Tak ada la korang nampak kurus sangat.

Itulah 7 tips dari Mama Reen untuk korang yang selalu kena ejek kurus tu. Semoga bermanfaat untuk korang semua. Sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published.