Tips Penjagaan Pakaian Bermanik

Manik dan wanita seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Kebanyakan wanita amat menyukai baju yang mempunyai manik kerana manik boleh memberikan impak yang lebih ELEGAN dan FEMININ kepada si pemakai.

Jadi disini Mama Reen nak share sikit tips untuk anda semua tentang penjagaan pakaian yang bermanik supaya baju korang tak cepat rosak & lusuh.

Jika anda memakai minyak wangi, pastikan semburan minyak wangi tersebut tidak dilakukan secara direct atau terus ke material kristal dan manik. Kerana sifat minyak wangi yang beralkohol mampu mengikis lapisan luar permukaan manik dan kristal anda. Lama kelamaan, bukan sahaja kristal dan manik anda akan pudar, tetapi ia turut merosakkan jahitan sulaman yang telah dilakukan.

Thalia Kurung by Qasreena Malaysia

Jangan merendam pakaian berkristal atau bermanik terlalu lama. Apatah lagi jika anda merendamnya dengan menggunakan sabun dan peluntur. Pastikan pakaian bermanik dan berkristal tidak direndam semalaman, sebaliknya, anda harus terus mencuci dan membilas pakaian tersebut.

Jika anda ingin menggosok pakaian bermanik dan berkristal, pastikan anda menggosok pakaian terebut secara terbalik. Ini kerana muncung seterika yang tajam, adakalanya boleh merosakkan jahitan manik dan kristal di fabrik anda. Cara yang terbaik, jika anda mempunyai seterika wap (iron steam), gunakannya untuk menggosok pakaian tersebut.

Fatima Kurung by Qasreena Malaysia

Senangkan nak jaga pakaian yang bermanik ni? So balik kerja kejap lagi  boleh terus cuci baju yang bertimbun tu! Itu sahaja dari Mama Reen untuk minggu ini. Selamat Hari MALAYSIA!

Team Qasreena Malaysia mengundur diri!