Tips Fesyen Muslimah Ke Pejabat

Bercakap tentang pakaian ke pejabat, adakah korang sering mengalami masalah dalam memilih pakaian ke pejabat? Apatah lagi sekiranya korang adalah wanita yang baru start bekerja di office kan. Susahkan nak buat pilihan, samada seluar atau kemeja, blouse atau dress? Takpa, kali ini suka untuk Mama Reen berkongsi tentang tips pakaian ke pejabat/ office korang dengan nampak lebih sopan dan elegen. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berjumpa dengan ramai orang. Macam mana caranya? Ha mudah sahaja! Pakailah pakaian tradisional melayu. Nak cakap tradisional sangat tu takda la sangat, tapi boleh dikategorikan dalam pakaian melayu juga. Ianya sangat mudah, smart dan sopan. Sebagai contoh, seperti baju kurung pesak, jubah ataupun baju kurung moden malahan blouse muslimah juga merupakan pakaian yang sesuai digayakan ke pejabat.

Myra Blouse by Qasreena Malaysia

  • Dua warna adalah pilihan yang paling baik bagi wanita bekerjaya untuk memilih pakaian ke pejabat. Warna yang paling maksimum adalah tiga warna.  Jika korang memakai pakaian melebihi tiga warna, kesannya sangat kurang sesuai.
  • Kain berkilat atau mengikut bentuk badan seperti satin dan chiffon kurang sesuai dipakai ke pejabat. Lebih baik korang gunakan fabrik yang memberi keselesaan seperti fabrik kapas atau yang mempunyai campuran kapas.

Fatima Kurung by Qasreena Malaysia

  • Bagi yang enggan memakai pakaian barat seperti blouse dan kemeja, pakaian tradisional seperti baju kurung adalah pilihan yang terbaik. Baju kurung hendaklah dengan kombinasi warna yang sesuai dan tidak mempunyai manik dan labuci yang banyak.
  • Pilihan pakaian tidak seharusnya terikat dengan fesyen tertentu atau warna tertentu saja kerana ia akan membuat dunia fesyen untuk ke pejabat menjadi hambar dan tidak mendatangkan semangat ketika bekerja. Korang akan kelihatan anggun dengan warna semulajadi.  Pilihan yang paling sesuai ke pejabat adalah seperti warna krim, hitam, coklat, kelabu ataupun biru tua.
  • Bagi tampil profesional ke pejabat, korang sebaik-baiknya menghindari motif flora dalam berpakaian.  Motif biasa dengan warna tegas akan memberikan kesan lebih profesional dan lebih mudah untuk disuai padan.
  • Fesyen bukan saja membabitkan pakaian tetapi juga pemilihan aksesori yang tepat dan warna kasut yang sesuai serta gaya ikatan tudung dan gaya mengemaskannya.



  • Sebaiknya elakkan memakai tudung yang bermotif serabut ke pejabat. Tetapi tidak harus yang biasa kerana korang tetap memerlukan variasi agar tidak kelihatan membosankan. Pilihan terbaik adalah memakai tudung yang mempunyai sedikit motif di tepinya.
  • Untuk tudung pilih warna yang lembut dan elakkan warna putih biasa kerana akan membuatkan korang seperti memakai seragam sekolah di samping cepat kotor.

Marwa Blouse by Qasreena Malaysia

Ini adalah sedikit sebanyak tips yang dapat dikongsikan kepada korang dalam pemakaian ke pejabat. Tak dilupakan juga jika korang mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai tubuh badan yang langsing dan ketinggian yang ideal, tampil ‘smart’ dengan menggayakan koleksi seluar slacks korang bersama padanan blouse muslimah. Atau untuk keselesaan yang lebih ideal sepanjang hari,korang boleh tampil bergaya dengan koleksi palazzo pants yang loose dan trendy dengan padanan kemeja atau blouse Muslimah yang bersesuaian.