Pada masa kini, mereka badan yang berisi atau gempal mula menyedari penampilannya. Walaupun berisi, mereka terus berusaha untuk kelihatan ramping, langsing, dan kurus. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan, salah satu cara paling mudah untuk kelihatan kurus adalah memakai pakaian dan aksesori yang tepat.


FAHAMI BENTUK TUBUH SEBELUM MEMILIH BAJU

Bagaimana untuk memakai wanita berisi menjadi langsing dan cantik? Sebelum masuk petua memilih pakaian untuk wanita berisi yang lain, Mama Reen akan mengingatkan perkara yang sangat asas. Pastikan korang mengenali bentuk badan dengan betul. Sebagai contoh, terdapat beberapa jenis orang berisi diantaranya ada yang berisi sama rata, berisi dibagian lengan, berisi dibagian perut dan lain-lain.

Bagaimana dengan kaki korang? Apakah antara paha dan betis berisi sama rata? Atau hanya paha saja yang memiliki banyak lemak? Ada juga orang dengan tubuh berisi tapi betisnya tidak terlalu besar.

 

i) Pilih pakaian berwarna gelap
Pakaian yang berwarna terang seperti kuning akan membuatkan kita lebih berisi. Jadi kekalkan pemilihan warna pakaian yang gelap seperti hitam, biru tua, merah hati, ungu gelap.Warna seperti turquoise pun boleh dikategori sebagai warna gelap.Cantik dan bergaya. Lagipun untung bergaya dengan warna gelap, tak perlu kita menjaga sangat dan kalau ada kesan kotor sikit sikit tak nampak. Pemilihan pakaian berwarna gelap juga memberi kesan ramping kepada si pemakai.Warna gelap boleh menyembunyikan bentuk tubuh atau punggung yang besar. Walaupun pakaian longgar dan memenuhi syariat tapi tetap nampak langsing.

Marwa Blouse by Qasreena Malaysia

ii) Blouse, kemeja, baju leher V
Tahukah bahawa baju yang mempunyai leher bulat biasa akan membuatkan kita nampak lebih berisi berbanding dengan leher V. Jadi jika mahu kelihatan extra kurus ,bolehlah korang cuba mengenakan baju atau kemeja yang mempunyai potongan V dibahagian leher.

iii) Corak atau motif yang kecil
Pilih corak pakaian yang lebih kecil atau halus supaya tubuh badan kita tidak menerima effect yang lebih besar. Hindari corak yang besar, tebal dan penuh.



iv) Elakkan pakaian ketat!
Hindari pakaian atau seluar yang terlalu ketat sehingga menampakkan tubuh badan. Disebabkan tubuh badan kita mungkin lebih besar, kita masih boleh cuba sesuaikan diri dengan memakai pakaian longgar namun masih mengekalkan potongan bentuk badan. Contohnya, blouse, oversized shirt, kaftan dan banyak lagi.

v) Pilih fabrik material chiffon berbanding spandex

Hindari diri korang dari mengenakan fabrik yang melekat di tubuh seperti spandex. Spandex atau lycra adalah material yang ketat. Pilih fabrik yang selesa yang boleh memberi effect flowing seperti chiffon, cotton dan crepe dan banyak lagi. Tak susah pun hendak mencari. Cuma memerlukan sedikit kerajinan dalam diri dalam usaha tampak cantik meskipun bertubuh gempal.

Myra Blouse by Qasreena Malaysia

vi) Pilih corak jalur menegak bukan melintang
Salah satu perkara yang ramai orang terlepas pandang adalah dengan menggayakan pakaian yang mempunyai printed melintang. Ia akan menampakkan tubuh badan korang lebih besar. Better pilih jalur menegak. Namun jalur menegak yang tebal pun tidak sesuai. Untuk tubuh berisi, elakkan memakai motif atau corak yang bersaiz besar supaya tubuh tidak kelihatan semakin melebar.

vii) Memakai Baju Berlayer
Walaupun badan korang berisi, itu tidak bermakna korang tidak perlu memakai pakaian berlapis. Padanan warna yang tepat pasti membuatkan tubuh yang berisi dapat diselindung . Namun, perlu diingat, high waist dress juga boleh termasuk dalam pakaian berlapis yang membuatkan korang kelihatan lebih berisi dengan menonjolkan perut korang yang sedikit lebar. Sebaiknya gunakan pakaian berlapis yang atasnya berdekatan pinggul.

Thalia Kurung by Qasreena Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.