Kenali 4 Jenis Kain Untuk Buat Pakaian

Apabila nak beli shawl, blouse, jubah atau dress secara online, Mama Reen selalu menitikberatkan jenis kain. Bukan apa, ada sesetengah baju memang longgar, tudung memang labuh, tapi melekat pada badan dan mungkin ada yang jenis kain jarang. Jadi, masih tak tepati syariat kalau macam tu. Jenis kain tu memainkan peranan untuk memilih baju atau pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Jadi, kita perlu kenal jenis kain sebelum membeli sesuatu jenis pakaian secara online. Kalau beli kat kedai atau butik takde masalah, sebab kita boleh tengok, pegang dan cuba terus depan mata.



Jom kenali jenis kain untuk buat shawl, blouse, jubah atau dress

1.KAIN COTTON

Diperbuat daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Kain jenis ini merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab macam kat Malaysia. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Ciri-ciri kain cotton:

  • sejuk dan mudah menyerap peluh.
  • kain rasa sejuk di kulit dan sedikit keras.
  • kain akan rosak apabila direndam lebih daripada 2 jam.
  • kotoran dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan pencuci pakaian.
  • boleh dicuci atau di dry clean
  • apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu.

Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.

Feeka Blouse by Qasreena Malaysia

i) Cotton Jepun (Japanese Cotton) – Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton  biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti:

  • pada bahagian sisi hujung kain terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut.
  • daya menyerap peluh lebih bagus.
  • harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran.
  • permukaan kain lebih halus.
  • warna lebih awet dan tahan lama.
  • sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya.

ii) Cotton Silk – Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah:

  • permukaan kain lebih kilat.
  • harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun
  • daya serap peluh paling rendah.
  • warna kilatnya tahan lama meskipun sering dicuci.

 iii) Cotton biasa

  • motifnya macam-macam: biasa, garis, kotak, bunga atau abstrak.
  • harga lebih murah.
  • daya serap peluh sederhana.
  • warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun

Ada juga jenis cotton yang lain seperti Cotton Paris dan Cotton Minyak.



2.KAIN CHIFFON

Biasanya diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transparent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.

Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut. Antara jenis chiffon di pasaran:

i) Chiffon Sutera – Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.

ii) Chiffon Georgette – Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.

iii) Double Chiffon –  Kain lebih tebal dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa.

iv) Chiffon Plain – Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain.

Nayla Basic Shawl by Qasreena Malaysia

Ada juga chiffon yang lain seperti Chiffon Goldline, Printed Chiffon, Chiffon Paisley, Chiffon Tribal, Viscose Chiffon, Polyester Chiffon, Silk Chiffon, Cerutti Chiffon, Paris Chiffon, Crepe Chiffon dan Blend Chiffon.

 

3.CREPE

Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.Fabrik crepe ini bersifat jatuh.Ianya senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas.Malah sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain.

Calya Blouse by Qasreena Malaysia

Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti:

i) Como Crepe:

Kain jenis ini sangat di gemari oleh peminat jubah di Malaysia.Materialnya lembut dan tidak panas.Kain nya agak berat berbanding kain satin.Material como crepe tidak jarang, dan tidak mudah berkedut.

Ciri-ciri kain como crepe yang berat membuatkan si pemakai nampak agak kurus ketika menggayakannya. Kain como crepe mempunyai banyak pilihan warna daripada warna-warna gelap sehingga pilihan warna-warna terang. Kain como crepe adalah material washable dan perlukan light ironing sebelum di pakai.


ii) Moss Crepe

Fabrik Moss Crepe ini juga mempunyai peminat yang tersendiri kerana kelebihannya yang tidak perlu di gosok.

  • Materialnya yang lebih lembut berbanding kain como crepe membuatkannya lebih sedap dan sejuk di pakai.
  • Material jenis ini lebih nipis berbanding como crepe tetapi tidak jarang dan selamat.
  • sesuai di buat jubah, blouse dan cardigan panjang.

Naura Cardigan by Qasreena Malaysia

Kain jenis ini juga seperti como crepe, bersifat berat dan jatuh membuatkan si pemakai tampak lebih slim ketika mengenakannya. Pilihan warna untuk moss crepe juga banyak, ada juga yang dual tone. Material ini tidak turun warnanya ketika basuh dan langsung tidak perlu di gosok. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang memangku anak.

 

4.DULL SATIN

Fabrik ini jika di bandingkan dengan satin-satin jenis yang lain, material nya tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Kain dull satin jenis ini berasal daripada Korea. Dull satin ini ada 2 jenis iaitu valentro dan heavy valentro, jenis kain ini di kategorikan mengikut berat dan ketebalan masing-masing. Kain valentro adalah jenis ‘washable’ dan perlu di gosok untuk kelihatan lebih rapi.Ciri-ciri kain jenis dull satin:

  • Material ini tidak bersinar seperti satin tetapi lembut dan sedap dipakai.
  • Sejuk kainnya.
  • Menyerap peluh.
  • Nama lain bagi kain jenis ini ialah cotton valentino

Luna Kebaya Peplum by Qasreena Malaysia