Ada sedikit info yang Mama Reen nak share kat korang mengenai fesyen pakaian dinner muslimah ni.Fesyen adalah sebuah industri yang mempunyai sifat yang cukup dinamik. Betapa uniknya industri fesyen ini kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Apa yang popular pada hari ini mungkin akan menjadi trend yang lapuk dan tidak digayakan lagi kerana sudah ketinggalan pada hari esok. Dengan kata yang lebih mudah, pengisian dalam setiap koleksi fesyen itu bergantung kepada trend yang sedang popular dalam pasaran.



Jika menyebut mengenai majlis makan malam atau acara annual dinner misalnya, mungkin bukanlah suatu masalah bagi wanita yang tidak bertudung kerana kebanyakkan koleksi evening dress yang berada di pasaran sememangnya sesuai untuk dipakai oleh mereka. Biasanya orang ramai akan bergaya dengan lebih glamour untuk menghadiri majlis-majlis seumpama ini. Oleh itu, kini terdapat pelbagai pilihan dress muslimah yang direka dengan gaya glamour dan eksklusif.

Rossa Dress by Qasreena Malaysia

Menyedari tuntutan Muslimah yang ingin bergaya sopan, korang juga boleh menggayakan koleksi dress yang labuh dan diperbuat daripada fabrik yang tidak jarang seperti gambar di atas. Rekaan dress seperti ini sememangnya bersesuaian dengan imej Muslimah yang bertudung dan ingin tampil sopan.

Tamara Jubah by Qasreena Malaysia

Untuk para hijabers, pilih pakaian dengan lengan berbentuk loceng, selain memberikan kesan manis, ia juga memberi kesan tidak terlalu membentuk tubuh from head to toe. Jika tidak mahu nampak pakaian kosong, pilihlah pakaian yang bermanik atau sulaman di beberapa bahagian untuk tampak mewah.

Fatima kurung by Qasreena Malaysia

Selain itu, pakaian yang sesuai digayakan untuk ke majlis istimewa ini juga boleh korang temui dalam pelbagai rekaan yang loose dan sememangnya memberikan keselesaan yang ideal sepanjang pemakaian korang.



Kini muslimah dan fesyen tidak lagi menjadi masalah. Pelbagai pilihan yang menarik untuk wanita bertudung berfesyen.

Leave a Reply

Your email address will not be published.